Menu Close
Hotel mewah harga bajet di Langkawi | Ummi Goes Where

Bahasa Malaysia | English

Hotel 4 dan 5 Bintang Harga Bajet di Langkawi (Bawah RM500)

Setelah berbulan-bulan lamanya terpaksa berkurung di rumah, dan tidak kurang juga yang terpaksa berpenat lelah di tempat kerja sepanjang tempoh kawalan pergerakan, sudah tentu ramai yang teruja dengan gelembung pelancongan Langkawi yang bakal dilaksanakan esok.

Baca: Gelembung Pelancongan Langkawi – Apa Yang Anda Yang Perlu Tahu

Saya percaya ramai yang sudah lama tidak bercuti dan mungkin ada yang ingin memanjakan diri dengan percutian 5 bintang. Berita baik untuk anda: hotel-hotel mewah di Langkawi sedang mengadakan pelbagai promosi menarik! Berikut adalah 10 hotel yang boleh anda pilih untuk percutian anda.

Kesemua hotel yang tersenarai adalah bertaraf 4 bintang dan 5 bintang dengan markah penilaian melebihi 7.5 di Booking.com, dan yang paling seronok, semuanya bernilai kurang daripada RM500 satu malam!

Siapa kata mewah itu bererti mahal?

Bayview Hotel
Bayview Hotel Langkawi. Kredit: Booking.com

Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuah, Bayview Hotel Langkawi menawarkan bilik-bilik tetamu dengan pemandangan laut dan bukit-bukau yang indah.

Setiap unit yang luas dan berhawa dingin ini memiliki ruang tempat duduk, TV skrin rata dan kemudahan menyeterika. Bilik airnya pula dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran.

Selain itu, hotel ini turut menyediakan kolam renang, tiga pilihan tempat makan, serta kemudahan riadah dan kesihatan yang pelbagai, termasuk gimnasium, spa dan sauna.

Flamingo Coffee House menawarkan tempat makan kasual dan bufet sarapan pagi, sementara masakan Cina yang asli boleh dinikmati di Restoran Phoenix. Untuk minuman dan makanan ringan, anda boleh berkunjung ke Woodpecker Lounge yang dibuka hingga lewat malam. Pasar Malam Langkawi yang dibuka dua kali seminggu terletak cuma 500 meter dari hotel .

Perkhidmatan menjaga kanak-kanak ada disediakan atas permintaan.

  • Lokasi: Kuah (0.3 km dari pusat bandar)
  • Rating: 8.3 (Sangat Baik)
  • Harga: Dari RM126 satu malam untuk Bilik Superior
  • Kemudahan: Kolam renang, gimnasium, spa, sauna, restoran

2. Goldsands Hotel Langkawi

Goldsands Hotel Langkawi
Goldsands Hotel Langkawi. Kredit: TripAdvisor

Juga terletak di pekan Kuah, Goldsands Hotel Langkawi hanya berjarak lima minit perjalanan menaiki kereta dari jeti Langkawi. Hotel ini mempunyai bilik-bilik berhawa dingin dengan TV satelit skrin rata, tingkap besar dari lantai ke siling, peti keselamatan dan bar mini.

Selain daripada perkhidmatan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, Goldsands juga ada menyediakan perkhidmatan dobi dan cucian kering. Aktiviti-aktiviti air seperti jet ski, menaiki bot, snorkeling dan menyelam boleh diaturkan untuk anda.

Anda juga boleh menikmati sajian makanan sepanjang hari di Restoran Monz Spice atau bersantai di Sky Bar.

  • Lokasi: Kuah (0.1 km dari pusat bandar)
  • Rating: 8.4 (Sangat Baik)
  • Harga: Dari RM152 satu malam untuk Bilik Superior King
  • Kemudahan: 2 kolam renang, restoran, bar, pusat bisnes

3. Resorts World Langkawi

Resorts World Langkawi
Resorts World Langkawi. Kredit: Booking.com

Resorts World Langkawi merupakan sebuah tempat penginapan yang menghadap lautan. Dari bilik, anda akan disajikan dengan pemandangan panoramik bukit-bukau, taman dan air laut yang biru firus.

Selain tiga pilihan tempat makan, hotel ini juga ada menyediakan kolam renang, gimnasium, dan spa di mana anda boleh menikmati pelbagai rawatan kecantikan dan urutan.

Untuk menjamu selera pula, Restoran Zest menawarkan makan malam romantis di pelantar laluan dengan ditemani oleh pemandangan Pulau Dayang Bunting yang penuh lagenda. Sementara itu, Seagull Coffee House yang menghadap ke Selat Melaka menghidangkan masakan istimewa Asia dan antarabangsa, manakala hiburan dan persembahan secara langsung boleh dinikmati di Lobby Lounge.

Perkhidmatan shuttle berjadual percuma ke Cenang Mall turut tersedia.

  • Lokasi: Pantai Cenang
  • Rating: 7.7 (Baik)
  • Harga: Dari RM217 satu malam untuk Bilik Premier dengan Pemandangan Laut, berserta sarapan pagi
  • Kemudahan: Kolam renang, gimnasium, spa, restoran, bar

4. Dash Resort Langkawi

Dash Resort Langkawi
Dash Resort Langkawi. Kredit: Booking.com

Dengan lokasinya di sepanjang persisiran Pantai Tengah, Dash Resort Langkawi menjanjikan anda pemandangan Laut Andaman yang mengasyikkan.  Setiap kamar tetamu menampilkan aura segar dengan warna-warna cerah dan pencahayaan semulajadi daripada tingkap bersaiz besar.

Pada waktu malam, tetamu boleh beristirehat dan berhibur dengan persembahan DJ di Dash Beach Club yang terletak berhadapan kolam renang infiniti di tepi pantai.

Peti deposit keselamatan dan tempat simpanan bagasi ada terdapat di kaunter penerimaan tetamu, manakala perkhidmatan dobi dan menyeterika boleh disediakan atas permintaan.

  • Lokasi: Pantai Cenang
  • Rating: 7.8 (Baik)
  • Harga: Dari RM342 satu malam untuk Bilik Dash Superior Twin
  • Kemudahan: Kolam renang, gimnasium, restoran, bar

5. Holiday Villa Beach Resort & Spa

Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi
Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi. Kredit: Booking.com

Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi bukan sahaja menawarkan penginapan selesa di tengah-tengah taman berlandskap, malah juga memiliki pantai eksklusifnya sendiri untuk kegunaan tetamu.

Setiap bilik di resort ini disertakan dengan balkoni peribadi yang menghadap taman, kolam renang atau laut. Kamar mandinya pula dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian dan tab mandi.

Resort ini mempunyai dua kolam renang dan empat premis makanan, iaitu: Restoran Lagenda yang dibuka 24 jam dan menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa, bar Tropical Bach yang menawarkan pelbagai jenis minuman, serta Matahari Lounge dan Poolclub LaVilla yang menyediakan hiburan setiap malam.

  • Lokasi: Pantai Cenang
  • Rating: 7.7 (Baik)
  • Harga: Dari RM271 satu malam untuk Bilik Deluxe Double
  • Kemudahan: 3 kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, spa, restoran, bar

6. Vivanta Langkawi Rebak Island

Vivanta Langkawi Rebak Island
Vivanta Langkawi Rebak Island. Kredit: TripAdvisor

Vivanta Langkawi terletak di Pulau Rebak yang merupakan sebuah pulau persendirian berhampiran Pantai Cenang. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Pelabuhan Cenang untuk ke sini hanya mengambil masa 7 minit.

Dikelilingi oleh hutan yang menghijau, sebuah marina dan pantai peribadi, percutian anda di sini sudah semestinya akan memberikan ketenangan.

Setiap bilik dan suite di Vivanta Langkawi adalah diinspirasikan daripada seni bina Melayu dengan penggunaan elemen-elemen kayu dan rotan. Setiap satunya juga memiliki balkoni peribadi dengan pemandangan laut atau taman. 

Anda boleh menjamu selera dengan hidangan Asia dan kontinental di Restoran Senari, manakala Strait’s Grill pula mengkhususkan makanan laut segar yang boleh dinikmati di ruang tempat duduk di luar.

Perkhidmatan bot berjadual antara Pulau Rebak dan Pantai Cenang ada disediakan untuk tetamu.

  • Lokasi: Pulau Rebak (berhampiran Pantai Cenang)
  • Rating: 8.3 (Sangat Baik)
  • Harga: Dari RM275 satu malam untuk Bilik Deluxe dengan pemandangan taman
  • Kemudahan: Kolam renang, gimnasium, basikal dan kayak untuk disewa, restoran, bar, kelab kanak-kanak

7. Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort
Berjaya Langkawi Resort. Kredit: Booking.com

Bagi anda yang menginginkan penginapan yang lebih dekat dengan alam semulajadi, bolehlah mencuba Berjaya Langkawi Resort. Terletak di pinggir hutan hujan tropika, resort ini mengetengahkan chalet gaya Melayu dengan balkoni peribadi, hiasan perabot kayu dan kelengkapan kontemporari.

Sesetengah unit terletak di dalam hutan manakalah selebihnya merupakan chalet di atas air. Bilik airnya dilengkapi dengan pancuran mandian hujan.

Untuk pilihan makanan, hidangan bufet tempatan dan antarabangsa ada disediakan di Dayang Cafe. Restoran Pahn-Thai pula menyajikan masakan Thai dengan konsep mewah, manakala Oriental Pearl menghidangkan pelbagai hidangan Asia. Minuman dan snek ringan boleh didapati di Lobby Lounge serta tiga bar yang lain.

Kakitangan di meja tempahan boleh membantu anda mengatur sebarang aktiviti sukan air dan lawatan pulau menaiki kapal layar.

  • Lokasi: Pantai Kok
  • Rating: 8.3 (Sangat Baik)
  • Harga: Dari RM365 satu malam untuk Chalet Hutan Hujan berserta sarapan pagi
  • Kemudahan: 2 kolam renang, gelanggang tenis, gimnasium, spa, restoran, bar, kelab kanak-kanak

8. Aloft Langkawi

Aloft Langkawi
Aloft Langkawi Pantai Tengah. Kredit: Booking.com

Aloft Langkawi Pantai Tengah adalah sebuah hotel 4 bintang yang menawarkan kolam renang, gimnasium, tab mandi panas, restoran dan bar.

Bilik-bilik dihiasi dengan rona ceria serta dilengkapi dengan almari pakaian, ruang santai, TV skrin rata dengan saluran satelit, peti sejuk, peti keselamatan, mesin kopi dan meja.

Setiap pagi, tetamu diberi pilihan makanan sama ada sarapan kontinental atau sarapan lengkap ala Inggeris/Irish.

  • Lokasi: Pantai Cenang
  • Rating: 9.1 (Hebat)
  • Harga: Dari RM295 satu malam untuk Bilik Loft Rainforest, berserta sarapan pagi
  • Kemudahan: Kolam renang, gimnasium, tab mandi panas, meja billiard, bar, restoran, kelab kanak-kanak

9. Pelangi Beach Resort & Spa

Pelangi Beach Resort & Spa
Pelangi Beach Resort & Spa. Kredit: Booking.com

Berlatar belakangkan pesisir pantai, setiap chalet kayu di Pelangi Beach Resort & Spa telah dibina dengan balkoni peribadi yang menghadap laut dan taman berlandskap. Bilik air di setiap unit dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandi yang berasingan.

Resort ini juga menyediakan pantai persendirian, dua buah kolam renang dan kelengkapan rekreasi yang pelbagai.

Terdapat empat pilihan restoran untuk tetamu, iaitu  Spice Market untuk hidangan Asia yang autentik, Cba untuk hidangan makanan laut, serta Cascade Pool Bar dan Pelangi Lounge untuk minuman dan snek.

  • Lokasi: Pantai Cenang
  • Rating: 8.6 (Mengagumkan)
  • Harga: Dari RM351 satu malam untuk Bilik Teres Taman, berserta sarapan pagi
  • Kemudahan: 2 kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, spa, restoran, bar, kelab kanak-kanak

10. The Westin Langkawi Resort & Spa

Westin Langkawi
The Westin Langkawi Resort & Spa. Kredit: Booking.com

The Westin Langkawi Resort & Spa menampilkan empat kolam renang, enam premis makanan, di samping bilik-bilik tetamu yang elegan dan serba moden.  Sesetengah unit memiliki balkoni dan kolam renang peribadi.

Bilik airnya yang kontemporari mempunyai pancuran mandian hujan dalam kubikel kaca berkabut dan peralatan mandian mewah.

Untuk santapan kasual dan pelbagai hidangan makanan laut, anda boleh berkunjung ke Restoran Tide. Sementara itu, Restoran Seasonal Tastes pula mengkhususkan pemakanan sihat, manakala makanan ringan dan minuman boleh dinikmati di Breeze Lounge atau Splash yang terletak di tepi kolam renang.

Anda boleh ke pusat rekreasi untuk bermain pool atau skuasy. Turut tersedia ialah sesi yoga pagi untuk tetamu dewasa dan program eksplorasi pantai untuk kanak-kanak.

  • Lokasi: Kuah (2.3 km dari pusat bandar)
  • Rating: 8.7 (Mengagumkan)
  • Harga: Dari RM400 satu malam untuk Bilik Superior
  • Kemudahan: 4 kolam renang, pantai persendirian, gimnasium, meja snuker, gelanggang skuasy, spa, restoran, bar

Pernahkah anda menginap di mana-mana hotel atau resort dalam senarai ini? Ceritakan pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Klook.com
Posted in BM

Related Posts

2 Comments

  1. Pingback:10 Affordable Luxury Hotels in Langkawi (Below RM500) – Ummi Goes Where?

  2. Pingback:Gelembung Pelancongan Langkawi – Apa Yang Anda Perlu Tahu – Ummi Goes Where?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *